337 keluarga dari Kampung Panglima Seman, Kampung Semarang dan Kampung Pulo akan berpindah masuk ke Projek Perumahan Darul Hana di Kuching mulai 22 Ogos ini.<br /><br />Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kediaman kumpulan pertama telah dilengkapkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.
